Ahad, 14 Disember 2008
hujung tahun penuh cerita
salam semua, sudah lama tak meng 'update' kan apa-apa berita di sini kan? dari awal tahun now dah hujung-hujung tahun baru nak mengaktifkan diri semula...ermm entahla mungkin masa sangat mencemburui saya sekarang ini. Banyak hal yang telah berlaku sebenarnya dan yang paling terkini adalah mengejar 'dateline' hehhe....saat-saat yang dinantikan akan tiba tidak lama lagi...apa kah perkabaran itu? tunggu..hehhehehe
Isnin, 31 Disember 2007
Selasa, 11 Disember 2007
my roses
Ada orang mengatakan , hadiah membawa seribu makna , tetapi betulkah ia? yang penting aku pun menerima pemberian dari seorang teman . Adakah ia juga membawa maksud tertentu? bagiku ia hanya tanda persahabatan yang terjalin sekian lama :)
Ku tetap hiasi meja di pejabatku dengan jambangan bunga tersebut, sekurang-kurangnya ia mencantikkan meja ku. Terima kasih teman.
Selasa, 11 September 2007
Bulan Ramadhan
Assalamualaikum wbt.
Insyallah khamis ini 13/09/2007, kita semua akan menyambut Awal Ramadhan dimana, semua umat Islam akan menunaikan ibadah berpuasa dan bersolat terawih disamping ibadat-ibadat lain untuk mencari keredhaan Allah.Kepada semua, diucapkan selamat menunaikan ibadah berpuasa.
Antara amalan-amalan yang perlu diutamakan pada Ramadhan ialah:-
1. Berpuasa dengan ikhlas semata-mata mengharapkan keredhaan ALLAH.
2. Jauhi sama sekali percubaan merosakkan puasa dengan berbuka tanpa keuzuran kerana amalan itu termasuk antara dosa besar yang dilaknati ALLAH.
3.Berusaha seberapa yang boleh untuk menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan ibadah seperti solat Tarawih, tahajud terutama pada malam Lailatul Qadar.
4.Pastikan sumber makanan dan minuman kita sepanjang bulan ini jauh dari sumber-sumber haram atau yang meragukan supaya ibadah puasa dan doa kita diterima ALLAH.
5. Berusaha untuk berbuka puasa beramai-ramai kerana pahalanya sangat besar daripada berbuka bersendirian.
6. Sentiasa melakukan solat lima waktu berjemaah.
7. Banyakkan sedekah pada bulan ini kerana sedekah pada bulan ini lebih afdal berbanding bulan-bulan yang lain.
8. Awasilah diri anda daripada menghabiskan waktu tanpa faedah kerana bulan ini bulan ibadah.
9. Jika berupaya, kerjakan umrah dalam bulan ini kerana umrah pada bulan Ramadhan sama dengan sekali ibadah haji.
10. Laksanakan ibadah puasa dengan bersahur pada akhir malamnya kerana sahur adalah sunah Rasulullah.
11. Segerakan berbuka, sebaik-baik sahaja matahari terbenam.
12. Sempurnakan mandi wajib sebelum naik fajar, supaya anda meneruskan ibadah puasa ini dalam keadaan bersih dan suci daripada hadas besar.
13. Banyakkan zikir pada bulan ini terutama dengan membaca Al-Quran yang merupakan sebaik-baik zikir, supaya anda beroleh pertolongan dan syafaat Al-Quran pada hari akhirat.
14.Peliharalah lidah anda daripada berdusta, mengumpat, maki hamun dan sebagainya di sepanjang bulan ini, kerana amalan-amalan ini pada bulan Ramadhan lebih besar dosanya.
15. Segala gerak-geri dan tindakan anda pada bulan ini hendaklah tenang, tidak mudah beremosi dan tidak terkeluar daripada batas-batas kesederhanaan.
16.Pastikan diri anda dalam bulan Ramadhan ini tidak melakukan sesuatu yang dilarang oleh ALLAH dan mentaati segala suruhanNYA.
17.Banyakkan zikir dan istighfar dan memohon rahmat daripadaNYA terutama ketika berbuka dan bersahur.
18. Banyakkan doa untuk diri sendiri, ibubapa, anak-anak dan seluruh umat Islam supaya mereka dikurniakan kesejahteraan.
19.Bertaubat kepada ALLAH dengan taubat yang bersungguh-sungguh sepanjang masa, dengan meninggalkan maksiat, menyesali segala dosa-dosa yang lalu dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa akan datang.
20. Setelah selesai puasa Ramadhan, teruskan pula dengan berpuasa enam hari daripada bulan Syawal kerana pahalanya seumpama berpuasa sepanjang tahun.
21. Teruskan dengan iman, takwa dan amal-amal yang soleh, sekalipun bulan Ramadhan sudah selesai hingga anda meninggal dunia.
22.Banyakkan ucapan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. terutama pada hari Jumaat.
Islam mengatur satu cara hidup khusus untuk dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan. Cara hidup ini apabila dijadikan ikutan, akan dirasai pula hikmah yang tersirat di sebalik ibadah bulan Ramadhan samada dari aspek pembinaan jasmani maupun rohani. ALLAH menjanjikan ganjaran yang teristimewa kepada orang-orang yang berpuasa. Ganjaran ini tiada pada ibadah-ibadah lain kecuali ibadah puasa sahaja. Ia menjadi ‘pemberian peribadi’ ALLAH kepada hambaNYA yang benar-benar menunaikanibadah puasa. Dalam sebuah hadis Qudsi, ALLAH Taala menjelaskan: “Tiap-tiap kebaikan dibalas dengan 10 pahala hingga 700 pahala, kecuali pahala puasa, ia (puasa) untukKu dan Aku akan membalasnya.” (Riwayat Muslim)
Ibadah puasa mengajar kita erti kesabaran dan sifat amanah. Kita dituntut supaya sabar mengharungi kesusahan di sepanjang Ramadhan. Kita juga dituntut melaksanakan setiap amalan di sepanjang Ramadhan dengan penuh amanah, demi menunaikan amanah yang diwajibkan ALLAH kepada kita. Hasil pengorbanan besar ini, layaklah kita mencapai martabat taqwa di sisi ALLAH.

Dipetik dari email Mahligai group .
Ahad, 2 September 2007
Smile Again
Production : screenwriter- Yoon Sung Hee
Director: Hong Sung Chang
Main Casts : * Lee Dong Gun as Ban Ha Jin * Kim Hee Sun as Oh Dan Hui * Lee Jin Wook as Yoon Jae Myung * Yoon Se Ah as Choi Yoo Kang
Running Time per Episode : 60 mins
Total Episodes : 16 eps

Synopsis
Ban Ha Jin (Lee Dong Gun), an orphan and high school drop out, is calculating and ambitious. Even though he dropped out of high school and lives with Choi Yoo Kang (Yoon Se Ah) due to extenuating circumstances, he used to be the high school president and hoped to go to college. Through coincidence, he meets Yoon Jae Myung (Lee Jin Wook), the popular former baseball player from high school, at a bar in Switzerland. Ha Jin manipulates a series of events to become Jae Myung's best friend. Also coincidentally, he meets Oh Dan Hui (Kim Hee Sun), the girl he loved and hurt in high school. Oh Dan Hui used to play baseball on the boy's team but now plays softball in college. Her baseball hero is Yoon Jae Myung. All three meet again in Switzerland and again back in Korea. Ha Jin starts working in Jae Myung's father's company and does everything to make the rich chairman like him. Jae Myung starts working as the softball coach of his father's company's team but then gets transferred. He falls in love with Dan Hui who's headstrong and optimistic personality attracts him. He asks Ha Jin for advice, but Ha Jin cannot bear to watch Jae Myung take his true love.

Khamis, 30 Ogos 2007
MERDEKA MERDEKA MERDEKA !!
Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 50 MALAYSIA.Ini bermakna sudah 50 tahun negara kita yang tercinta ini bebas dari cengkaman penjajah luar. 50 tahun juga negara ini telah diperintah oleh 5 orang perdana menteri .Dimana masing-masing menjalankan tugas masing-masing demi menjaga dan membangunkan negara ini. Semoga negara kita tercinta ini akan terus aman dan makmur serta terus maju setaraf dengan negara-negara lain.
Untuk adik bongsu,
Selamat hari lahir yang ke 23 ...........semoga panjang umur murah rezeki dan cepat dapat jodoh :)
Isnin, 16 Julai 2007
Besday.....
Hari ini ulangtahun yang ke? ....hehehhe..rahsia.......tuo dah......thanks 2 kawan2 yang masih igt pada ku . Banyak sekali ucapan2 yang diterima termasuk dari teman...thank a million ya......Semoga aku akan lebih kuat menempuh hidup yang penuh dugaan ini dan dapat apa yang diimpikan serta diberkati di dunia dan akhirat.
Hari nie juga sudah 1 rejab.....sekejap sahaja ...maknanya lagi 2 bulan nak bulan ramadhan.
Hari nie juga sudah 1 rejab.....sekejap sahaja ...maknanya lagi 2 bulan nak bulan ramadhan.
Langgan:
Catatan (Atom)