Jumaat, 22 Jun 2007

Hak yang dipertikaikan

Mawi & Mila

Setiap orang ada hak untuk melakukan apa sahaja ke atas dirinya, selagi apa yang dilakukan tidak menyalahi undang-undang atau agama. Tetapi hak itu kadang-kadang dipertikaikan oleh orang lain. Seolah-olah orang lain yang lebih berhak menentukan hidup seseorang. Olehitu dimana hak diri sendiri untuk menentukan hidupnya sendiri? Adakah kita hidup kerana arahan orang? pendapat orang? ditentukan oleh orang? setiap orang ada hak masing-masing untuk menjalani hidup dengan caranya sendiri.


Walaupun kadang-kadang caranya itu tidak dapat diterima oleh orang lain tetapi itu pilihannya. memang lah kadang-kadang kita akan buat silap dan tersalah langkah tetapi bila terlalu mencampuri kehidupan orang lain tentunya orang itu akan rasa rimas dan tertekan. Kita akan rasa amat tertekan, rimas dan pening jika ada orang luar yang terlalu mencampuri hidup kita. Seolah-olah kita tidak tahu untuk mengatur hidup sendiri. Seolah-olah terlalu mengambil berat, sentiasa mengambil tahu dengan siapa kita berkawan, dengan siapa kita keluar, apa yang kita buat, apa yang kita makan, apa yang kita minum. Pendek kata semuanya hendak diambil tahu. Mengalahkan artis popular pula. Kalau Mawi tidak mengapalah hehehe.....ini hanya insan biasa ...


Kebelakangan ini saya merasakan hak saya untuk berkawan dengan seseorang seolah-olah dirampas. Seperti menjadi satu kesalahan besar apabila saya menjalinkan persahabatan dengannya, hanya kerana kami berlainan jantina. Pelik kan? Kenapa tidak bolehkah kita ada sahabat ? Kami tidak pernah mengacau sesiapa, lagipun kami berdua tiada masalah antara satu sama lain dan kedua-duanya bebas dari sebarang ikatan.


Berbagai versi cerita yang didengar, setiap hari ada saja kedengaran suara-suara sumbang berceritakan itu ini. Kadang-kadang lucu juga tetapi kadang-kadang menjengkilkan. Pernah juga cerita-cerita ini mengakibatkan kami berselisih faham. Walaubagaimanapun, ia tidak pernah menjadi kudis dalam persahabatan tetapi lebih mengeratkan lagi. Aku juga bertekad untuk merampas balik hak yang dipertikaikan itu . Tidak mahu lagi mengambil tahu apa pandangan orang asalkan aku dan sahabatku itu tahu apa yang kami buat. Kami tidak mengacau sesiapa, jadi harap orang lain juga tidak mengacau kami.

Isnin, 18 Jun 2007

Baik sangka

ABE NUAR

Salahkah kita berprasangka kepada orang? kadang-kadang macam-macam yang kita dengar tentang seseorang, begini begitu sampai kita berprasangka buruk terhadapnya. Sejauhmana kebenaran tersebut tak tahulah. Hanya tuan punya diri yang tahu kebenarannya.


Jika kita berprasangka buruk dengan orang yang kita sayang bagaimana pula? Tentunya hati gundah gulana. Terasa seperti didustaikan? pedih dan perih. Teruknya perasan itu.


Olehitu, berbaik sangka lah pada orang yang kita sayang. Mana tahu apa yang diperkatakan itu tidak betul. Tidak baik berprasangka buruk terhadap orang. Tapi jika betul dia melakukan perkara tak betul?

Ahad, 17 Jun 2007

tenang

Ketenangan hanya akan dimiliki apabila kita rasa bahagia, selesa dan disayangi . Tenang bukan boleh dibuat-buat ia hanya wujud dalam hati yang membuat minda rasa segar dan nyaman. Hati rasa berbunga-bunga bila ada ketenangan di dalam diri . Seolah-olah baru melihat pelangi dilangit .

Khamis, 14 Jun 2007

penat

hari ini ari yang memenatkan .......macam nak tido ja......penat...penat........zzzzzz

Jumaat, 1 Jun 2007

Puaskah anda dengan hidup ini?

Puaskah anda dengan apa yang anda ada sekarang? dari segi kehidupan? orang yang tersayang/ ibu bapa? kawan-kawan? kerja anda? persekitaran? harta benda yang dimiliki? pelajaran? dan segala-galanya?Sesetengah orang merasa puas dan gembira apabila ia mempunyai wang yang banyak, kerana dengan itu dia akan dapat memiliki apa yang dihajatinya. Kekayaan merupakan satu kepuasan dan kegembiraan baginya.
Walaubagaimanapun, kini kita tak pernah puas dengan apa yang ada, setiap hari ingin kan sesuatu yang lebih untuk mencapai kepuasan itu. Jadi, kita akan terus mengejar dan mengejar apa yang diinginkan tanpa jemu sehingga kadang-kadang alpha dengan tanggungjawab terhadap Allah. Beribadat hanya cukup syarat sahaja, hanya solat 5 waktu yang di jaga tetapi yang lain-lain tidak sempat dikerjakan dengan alasan sibuk, penat dan tidak cukup masa untuk diluangkan.
Terlalu leka dengan kehidupan duniawi demi mengejar kepuasan hidup.Bagiku, memang aku tidak mendapat kepuasan yang dicari kerana masih banyak lagi hasrat ku yang belum tercapai, perjalanan hidup yang sempurna masih jauh lagi tetapi ku cuba sedaya upaya untuk menyeimbangkan antara duniawi dan akhirat, walaupun kadang-kadang tergelincir juga. Bila terfikir hidup di dunia ini hanya sementara sahaja, aku rasa terhenti untuk mencari kesempurnaan dalam hidup ini, tetapi kata-kata ini ku pegang, bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi dan beribadatlah kamu seperti kamu akan mati esok hari.Oleh itu, ku nikmati hidup yang sementara ini dengan kegembiraan dan puas dengan apa yang ada.
Cuma kuharap kehidupanku akan bertambah baik dari hari ke sehari dan segala-gala yang dihajati akan tercapai dan dimakbulkan Allah.