Khamis, 31 Mei 2007

Ikhlas

Keikhlasan dalam apa jua yang dilakukan akan mendapat balasan yang setimpal jua, cuma lambat atau cepat saja. Dalam setiap kerja atau apa sahaja yang dilakukan jika ia dilakukan dengan ikhlas dan jujur, pasti ada balasan yang baik akhirnya. Walaupun, kita rasa kadang-kadang apa yang dilakukan seolah-olah tidak dipandang dan dihargai oleh orang tetapi jangan mengalah atau berputus asa. Pasti satu hari dan satu ketika ia akan menerima balasan yang baik.

Cuma lambat atau cepat sahaja, kalau cepat alhamdulillah tetapi kalau lambat bersabar lah. Allah itu Maha adil dan berkuasa menentukan segalanya. Selain, berpesan untuk kawan-kawan, saya juga berpesan untuk diri sendiri. Jangan mudah berputus asa dengan apa yang anda sedang usahakan. Anda mesti terus berusaha sehingga apa yang dikehendakki itu tercapai. Insyallah, usaha itu tidak sia-sia.
Teman, perangai lama dah kembali ker? perangai mendiamkan diri.....

Rabu, 30 Mei 2007

my handphone..


(Z558i- my idaman)



Telefon mudah alih atau telefon bimbit, sejauhmana anda rasa ia penting bagi anda? Penting kan? bagi saya ia penting kerana sekarang ini ia menjadi satu alat komunikasi yang terpenting dan boleh dikatakan semua orang pasti memilikinya tak kiralah tua muda atau anak-anak yang masih kecil.




Bagi saya 'handphone' ini adalah tempat segala-galanya, untuk simpan semua nombor telefon, diari, tarikh lahir orang-orang tersayang termasuk mak, abah, adik-adik dan kawan-kawan, belum masuk lagi benda-benda 'privacy' yang lain. Pendek kata segalanya dalam itu lah. macam pembantu peribadi laa...




Cuma sekarang nie, macam ada hati hendak tukar telefon baru lak, sayang jugak sebenarnya tapi MMS dan GPRS tidak boleh pakai laa.....tah lah dah p 'maxis center' but takleh gak yang herannya sebelum nie boleh jer guna...tensen tul.....tengoklah kalau dah 'give up' nanti nak tuko lah ...hehhehe....Agaknya bagaimana laa hidup tanpa telefon bimbit kan? sure mati kutu nya......:) maklumlah dah terbiasa .....

Isnin, 28 Mei 2007

Dua sejoli

(SM n Mila)

Gambar kat atas tuh, dua2 i minat ...seorang tentunya juara af5 dan seorang teman muzafar atau lebih dikenali sebagai sulltan muzaffar yang terkenal dengan blog nya http://www.sultanmuzaffar.blogspot.com/ . Blog dia nie memang hari-hari mesti bacanya. Gambar dia ngan Mila nampak romantik kan? hhehhehe ampun tuanku...
Teman, masih diam membisu, mana janjimu untuk mencurahkan segalanya? Masih dilema ker?

Sabtu, 26 Mei 2007

Ops sori !

Maaf, ucapan yang sering diucapkan apabila melakukan kesilapan, kesalahan, atau ada yang tidak kena, tetapi adakah kemaafan itu diminta dengan seikhlas hati atau hanya sekadar ucapan sahaja untuk mengambil hati orang yang kita lakukan kesalahan padanya ? Orang yang memberi kemaafan pula adakah dia ikhlas memaafkan kesalahan atau kesilapan orang tersebut? atau hanya untuk menjaga hati, bermanis kata sedangkan hatinya masih sakit dengan apa yang telah dilakukan kepadanya. Salahkah orang yang perlu memaafkan itu tidak memberi kemaafan yang diminta? Kadang-kadang perbuatan yang dilakukan tidak dapat diterima akal dan fikiran sangat menyesakkan dada menusuk hati dan perasaan. Hanya maaf sahaja yang selalu di pinta. Tetapi jika ia seringkali mengulangi perkara yang sama dan berulangkali juga memohon maaf, adakah kita masih tetap memaafkannya? Menjelikkan!
Teman, ku maafkan mu walaupun belum ku lafazkan kemaafan itu. Aku hanya berkecil hati denganmu sahaja, kekadang kita perlu berkecil hati pada sesetengah perkara walaupun remeh pada pandangan mu. Kekadang kita tidak sedar apa yang kita lakukan boleh menyebabkan orang lain berkecil hati dengan sikap mu itu.
Esok, M-Test KPLI , doakan aku berjaya , dengan penuh semangat untuk manjadi pendidik kepada anak bangsa yang kian hilang jati dirinya ini. Ia akan menjadi cabaran dan dugaan buatku jika ku dapat gapai cita-cita ku ini.

Khamis, 24 Mei 2007

cinta pura-pura


Kenapa orang suka berpura-pura, pura-pura kaya, pura-pura bersopan santun, pura-pura ada kawan ramai, pura-pura ada kekasih hati, pura-pura ceria, pura-pura gembira, semuanya pura-pura. kenapa tidak boleh menjadi diri sendiri? Adakah apa yang hendak ditonjolkan didepan orang semuanya baik-baik sahaja. Walaupun pada hakikatnya semua itu tidak benar , palsu dan penuh kepura-puraan. Ada macam-macam sebab mengapa mereka berpura-pura:-


* berpura-pura lemah gemalai untuk memikat insan yang disukai, supaya hatinya tertawan

* berpura-pura kaya untuk menunjuk-nunjuk

* berpura-pura pandai supaya kelihatan hebat

* berpura-pura gembira sedangkan hati gundah gulana


Yang paling menjelikkan tentunya berpura-pura ayu, untuk memikat hati si dia yang disukai, padahal dibelakang si dia, hilang kesopanan tersebut. Yang lebih malang lagi, si dia tertipu dengan apa yang dipamerkan dan tertawan. Malang sekali si dia, yang lebih malang si dia tidak lagi mendengar kata-kata teman-teman sekeliling mengenai perangai buah hatinya itu. Semua yang dipamerkan dirasakan benar belaka.


Teman, masih tidak berubah nampaknya masih mengasingkan diri dan tenggelam dengan masalah sendiri. Tidak mengapa ambil masa untuk menyelesaikan segala. Jangan biarkan masalah tersebut memakan diri sendiri. Ingat anda masih ada teman-teman yang mengambil berat tentang anda. Cuba luahkan apa yang terpendam, tiada guna menyimpan sendiri hanya kerana tidak sanggup berkongsi apa yang dirasa dan akhirnya memakan diri sendiri . Siapa yang rugi? but i like your new hair style :)

Rabu, 23 Mei 2007

Persis Mutiara

Tajuk : Persis Mutiara
Artis : Mila
Lagu : Ajai
Lirik : Loloq (Luncai Emas Publishing Sdn Bhd)
Biar kau tunduk bisu
Aku tahu
Gelora hatimu
Engkau mahu
Aku lafazkan rindu
Biarkan hanya diam
Aku selam
Jiwamu terdalam
Perasaan cintamu yang kau pendam
Kata paling terindah
Tak mungkin bisa ucapkan
Hakikat rasa yang ku rasakan
Pabila ku renung ke matamu
Terlihat ku hatimu kasih
Persis mutiara
Sinarmu mendamaikan
Pergolakan
Insan yang lelah mengembara
Tak terbilang kesan-kesan luka
Titis hujan airmata
Tenang sebentar pedih semula
Buatku rasa gentar
Membisikkan hasrat hati sebenar
Sekalipun engkau inginku lamar
Kasihku

Lagu ini ku dedikasikan kepada seorang teman yang kini sedang dilanda masalah berat yang tak tertanggung. Sayu hatiku melihat dirinya yang tak terurus, kesuraman tergambar diwajahnya walaupun dia tersenyum gembira tetapi ku tahu itu semua hanya pura-pura, hatinya diselaputi
kesedihan yang menghiris. Ku ingin menyelami hatinya tetapi dia minta ku bersabar untuk seketika kerana dia akan luahkan segalanya sedikit waktu lagi. Kasihan padanya, harap dia akan tabah melalui semua ini. Ku doakan yang terbaik untuknya.

Selasa, 22 Mei 2007

My Girl


Mila di Konti Era
Nampaknya Mila telah memulakan dunia realitinya yang tentunya penuh mencabar. Hope dia akan tabah menghadapi semua ini. Go girl !!...
Hari nie, terasa ngan seseorang, actually saya susah nak terasa ngan orang but tetiba jer hari nie kata-katanya telah membuatkan saya sentap. Walaupun, maybe dia tak sengaja. tak mengapa bagus jugak sekurang-kurangnya kata-kata dia buat saya berfikir. Setiap apa yang berlaku bagi saya satu pengajaran agar tidak mengulangi perkara yang sama. Saya telah maafkan dia, mungkin dia tidak sengajakan, biasalah manusia mesti melakukan kesilapan.
Setiap hari tentunya kita akan dapat pelajaran baru dan pengajaran baru. Yang baik kita simpan dan yang buruk atau silap kita perbetulkan.

Isnin, 21 Mei 2007

Tanpa AF

Disneyland Japan
(My Dream Place)

Demam af sudah kebah, bagaimana hari-hari anda tanpa af? tentunya tidak sama dengan malam-malam biasa. Sudah tiba masanya untuk kembali ke dunia realiti yang makin mencabar dan tak pernah selesai. Saban hari ada saja perkara baru yang berlaku, ada sahaja masalah baru yang timbul, semua ini mengajar kita untuk lebih kuat menempuh kehidupan. Begitu juga dengan hidup saya, tidak selalunya indah, tapi saya memilih untuk menikmati hidup dengan sederhana dan tidak terlalu memikirkan masalah-masalah yang melanda. Hidup perlu diteruskan samada kita suka atau tidak.


Hujung minggu ini juga ada MTest KPLI, good luck kepada sesiapa yang akan menduduki peperiksaan ini. saya juga salah seorang darinya. :) Wish me luck!!


Ahad, 20 Mei 2007

Final AF 5

Sepanjang AF5 , persembahan Mila dan Ebi akan kekal diingatan saya. Syahdunya. Terbuai (MyHeart)
Akhirnya, af5 sampai ke penghujungnya. Kesudahan yang saya suka yuhuuu.... seperti yang dijangka juara wanita pertama dalam sejarah Akademi Fantasia Mila, telah dinobatkan sebagai juara semalam. Saya sebenarnya pada minggu-minggu awal tidak menyukai Mila, tetapi apabila melihatkan peningkatan yang ditunjukkan oleh beliau dari minggu ke minggu saya semakin menyukai dan mengagumi beliau. Saya tabik sama Hattan kerana dapat mengesan bakat Mila sejak awal, terbukti Hattan Betul!!!

Konsert semalam lain dari kebiasaan, dari pembukaan sehingga ke tribute untuk Aznil. Semuanya menampakkan kelainan.


Dibawah adalah urutan persembahan konsert semalam:


Heliza - Cinta Boneka
Aswad - Bila Mati Cinta Terhenti
Candy - Dedebu Cinta
Ebi - Sinar Cinta (No Magis)
Mila - Persis Mutiara (Menusuk kalbu)
Heliza - Cinta Di Lautan Lalang (Sedap)
Aswad - Mata Hati Jiwa (Terbiasa dengan Awie)
Candy - Demam (suka lagu nie sebab Edry yang buat)
Ebi - Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) (Tak Puas Hati)
Mila - Cinta Pura-Pura (Bertenaga)


Masih adakah lagi AF 6 ?????????????? Tanpa Aznil ?