Jumaat, 1 Jun 2007

Puaskah anda dengan hidup ini?

Puaskah anda dengan apa yang anda ada sekarang? dari segi kehidupan? orang yang tersayang/ ibu bapa? kawan-kawan? kerja anda? persekitaran? harta benda yang dimiliki? pelajaran? dan segala-galanya?Sesetengah orang merasa puas dan gembira apabila ia mempunyai wang yang banyak, kerana dengan itu dia akan dapat memiliki apa yang dihajatinya. Kekayaan merupakan satu kepuasan dan kegembiraan baginya.
Walaubagaimanapun, kini kita tak pernah puas dengan apa yang ada, setiap hari ingin kan sesuatu yang lebih untuk mencapai kepuasan itu. Jadi, kita akan terus mengejar dan mengejar apa yang diinginkan tanpa jemu sehingga kadang-kadang alpha dengan tanggungjawab terhadap Allah. Beribadat hanya cukup syarat sahaja, hanya solat 5 waktu yang di jaga tetapi yang lain-lain tidak sempat dikerjakan dengan alasan sibuk, penat dan tidak cukup masa untuk diluangkan.
Terlalu leka dengan kehidupan duniawi demi mengejar kepuasan hidup.Bagiku, memang aku tidak mendapat kepuasan yang dicari kerana masih banyak lagi hasrat ku yang belum tercapai, perjalanan hidup yang sempurna masih jauh lagi tetapi ku cuba sedaya upaya untuk menyeimbangkan antara duniawi dan akhirat, walaupun kadang-kadang tergelincir juga. Bila terfikir hidup di dunia ini hanya sementara sahaja, aku rasa terhenti untuk mencari kesempurnaan dalam hidup ini, tetapi kata-kata ini ku pegang, bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi dan beribadatlah kamu seperti kamu akan mati esok hari.Oleh itu, ku nikmati hidup yang sementara ini dengan kegembiraan dan puas dengan apa yang ada.
Cuma kuharap kehidupanku akan bertambah baik dari hari ke sehari dan segala-gala yang dihajati akan tercapai dan dimakbulkan Allah.

Tiada ulasan: