Jumaat, 22 Jun 2007

Hak yang dipertikaikan

Mawi & Mila

Setiap orang ada hak untuk melakukan apa sahaja ke atas dirinya, selagi apa yang dilakukan tidak menyalahi undang-undang atau agama. Tetapi hak itu kadang-kadang dipertikaikan oleh orang lain. Seolah-olah orang lain yang lebih berhak menentukan hidup seseorang. Olehitu dimana hak diri sendiri untuk menentukan hidupnya sendiri? Adakah kita hidup kerana arahan orang? pendapat orang? ditentukan oleh orang? setiap orang ada hak masing-masing untuk menjalani hidup dengan caranya sendiri.


Walaupun kadang-kadang caranya itu tidak dapat diterima oleh orang lain tetapi itu pilihannya. memang lah kadang-kadang kita akan buat silap dan tersalah langkah tetapi bila terlalu mencampuri kehidupan orang lain tentunya orang itu akan rasa rimas dan tertekan. Kita akan rasa amat tertekan, rimas dan pening jika ada orang luar yang terlalu mencampuri hidup kita. Seolah-olah kita tidak tahu untuk mengatur hidup sendiri. Seolah-olah terlalu mengambil berat, sentiasa mengambil tahu dengan siapa kita berkawan, dengan siapa kita keluar, apa yang kita buat, apa yang kita makan, apa yang kita minum. Pendek kata semuanya hendak diambil tahu. Mengalahkan artis popular pula. Kalau Mawi tidak mengapalah hehehe.....ini hanya insan biasa ...


Kebelakangan ini saya merasakan hak saya untuk berkawan dengan seseorang seolah-olah dirampas. Seperti menjadi satu kesalahan besar apabila saya menjalinkan persahabatan dengannya, hanya kerana kami berlainan jantina. Pelik kan? Kenapa tidak bolehkah kita ada sahabat ? Kami tidak pernah mengacau sesiapa, lagipun kami berdua tiada masalah antara satu sama lain dan kedua-duanya bebas dari sebarang ikatan.


Berbagai versi cerita yang didengar, setiap hari ada saja kedengaran suara-suara sumbang berceritakan itu ini. Kadang-kadang lucu juga tetapi kadang-kadang menjengkilkan. Pernah juga cerita-cerita ini mengakibatkan kami berselisih faham. Walaubagaimanapun, ia tidak pernah menjadi kudis dalam persahabatan tetapi lebih mengeratkan lagi. Aku juga bertekad untuk merampas balik hak yang dipertikaikan itu . Tidak mahu lagi mengambil tahu apa pandangan orang asalkan aku dan sahabatku itu tahu apa yang kami buat. Kami tidak mengacau sesiapa, jadi harap orang lain juga tidak mengacau kami.

Tiada ulasan: