Rabu, 11 Julai 2007

Catatan Perjalanan - KL



05072007- aku memulakan perjalanan ke KL menaiki Keretapi Express Langkawi. Mulanya hanya keseorangan sahaja, tidak sangka pula selepas itu berteman. Sekurang-kurangnya aku tidak keseorangan di dalam perjalanan. Lebih istimewa lagi teman itu adalah orang yang amat aku harapkan untuk menemani ku. Semuanya berjalan lancar, perjalananku di hiasi tawa riang dan bicara-bicara yang manis. Memang indah saat itu. Seolah-olah ku hendak hentikan waktu saat itu.

06072007 - Keretapi tiba di KL agak lambat dan tidak seperti yang dijadualkan, lebih kurang jam 9.30 pagi. Aku dan teman membuat keputusan untuk sarapan bersama sebelum menuju ke destinasi masing-masing. Kami berpisah di Masjid Jamek, aku ke Bukit Jalil dan teman ku itu ke Taman Melati. Tidak ku sangka itulah saat perpisahan sebenar kerana aku tidak lagi melihat kelibatnya selepas itu. Aku selamat tiba di rumah sahabatku di Bukit Jalil lebih kurang jam 10.30 pagi. Walaupun pada mulanya agak was-was juga kerana tempat yang aku tak biasa dan pertama kali hendak pergi. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Oleh kerana kepenatan, aku mengambil masa untuk tidur dan berehat. Sebelah petang, aku dan sahabat ku Mira, pergi ke Jalan Masjid India, apa lagi 'shopping' hehehe sambil berjalan-jalan cuci mata, banyak yang dah berubah rupanya, sudah ada Bazar, nampak lebih tersusun dan kemas. Tetapi yang menghairankan banyak peniaga asing yang menjual di situ. mana peniaga-peniaga kita? jadi tauke kah mereka? Dapatlah juga beberapa pasang kain, memang murah berbanding Penang. Banyak sekali barangan yang dijual, boleh rambang mata di buatnya . Berbagai-bagai jenama pulak tuh. Oleh kerana aku masih kepenatan jadi mood untuk ber'shoping' kureng sket. Banyak melihat-lihat sahaja.

07072007 - hari kedua yang serba tak kena bagiku, kalau ikut perancangan sebenar hari ini akan menjadi hari yang akan mencatatkan kenangan manis bagiku kerana hari ini aku dan teman telah berjanji untuk berjalan-jalan bersama-sama. Perancangan ini telah dibut alam sejak dua bulan lepas lagi. Malangnya teman ku itu mungkir janji, mungkin kerana dia telah ada perancangan yang tersendiri . Janji tinggal janji, harapan tinggal harapan. Perancangan berubah sekelip mata. Aku cuba menghadapinya dengan setabah mungkin. Terpaksa guna pelan kedua. Aku ke Berjaya Times Square untuk berjumpa kawan lama, ah yien, (Ex-clasmate Uitm Arau) wah bertambah cantik dan datang bersama dengan anaknya Damia yang berumur 3 tahun. tapi petah bercakap. comel lak tuh...heheh geram tul ngan Damia nie....Kami lepak-lepak di Mc D , sambil sembang-sembang dan buka cerita lama. Indah sungguh. Selepas itu mula berlegar-legar di Times Square, sambil 'window shopping' dan bershopping. Sambil menunggu Mira yang masa itu pergi 'walk in interview'. Mira bawa aku makan kat 'Chicken Hartz' hidangan ala bufet, but berbaloi tau coz boleh makan apa sahaja. Kebanyakan pelanggannya pak Arab kat sini . bagus untuk mereka laa coz dapat makan sepuas-puasnya. Cuma disini jangan ambil makanan tapi tak sentuh pun dan tinggalkan kat atas meja. Pengurus restoran itu akan suruh kita bayar balik tau...jangan amalkan pembaziran . Ikutlah sunnah Rasullullah SAW berhenti sebelum kenyang. Mizi pula 'call' nak ajak pergi 'dinner' katanya. Makin panjang kaki melangkah hehehhe......Mizi mengambil ku di KLCC, Kemudian ke Cheras mengambil Masnor dan seterusnya ke Damansara untuk mengambil Shima. Semua ini adalah kawan-kawanku semasa Pre & Dip di Uitm Arau. Destinasi kami malam itu adalah The Curve Damansara. Saja jalan-jalan, tengok-tengok orang dan suasana malam. Kemudian ke Nalli's Uptown. Malangnya disana kami tidak mendapat layanan yang sewajarnya dan membuatkan kami melangkah keluar ke gerai-gerai sahaja. Malam itu mempertemukan Masnor dan Pak Li , dua rakan lama yang telah lama tidak bertemu . Kiranya malam itu adalah mini reunion la. Bertukar-tukar cerita dan membuka kisah-kisah lama. Sambil merancang untuk membuat reunion keesokkan harinya di KLCC.

08072007- Hari terakhir aku di KL, masih ada agenda yang belum selesai. Reunion di KLCC jam 11.00 pagi. Bukit menjemputku di Bukit Jalil. yang paling awal tiba ialah Faiz dan Ana, kemudian Aku dan Bukit diikuti Ahyien dan Amir berserta budak comel Damia. Mulanya kami hanya lepak di luar KLCC berhampiran taman. Kemudian pergi menjamu selera di 'Food Court' sambil menanti ketibaan Mizi dan Masnor serta Pakli dan Ani. Selepas itu, kami berpindah ke Starbuck pula. Setelah bertahun-tahun tidak berjumpa akhirnya dapat juga bertemu. Tak sangka pun ada tapi kegembiraan bertemu sahabat lama lebih dirasakan berbanding fikiranku yang tidak menentu. Ia seperti apa yang selalu diperkatakan, setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Seperti diriku, walaupun impian ku musnah bersama teman tetapi ganjaran lain yang ku perolehi adalah berjumpa dengan sahabat-sahabat lama. Masing-masing punya cara hidup masing-masing, ada yang sudah berkeluarga tidak kurang juga yang masih menyendiri, ada yang berkerjaya cemerlang ada juga yang sederhana. Seterusnya, memenuhi undangan Masnor untuk kerumahnya kerana isterinya Zura telah memasak untuk kami semua. Rezeki jangan ditolak kan? Wow hebat masakan isterinya semua memuji :) selain cantik pandai memasak juga. Ini baru dikatakan wanita yang memenuhi ciri-ciri yang diimpikan lelaki. :) Bertuah Masnor. Perjalananku juga semakin berakhir, selepas rumah Masnor, Mizi menghantar ku ke KL Sentral kerana jam 9.00 aku akan bertolak balik ke Penang. Maka berakhirlah perjalanan ku di KL pada kali ini. Walaupun ada teman yang aku terpaksa lepaskan dalam hidupku tetapi ganjarannya aku memperolehi kembali sahabat-sahabat lama yang telah lama tidak berjumpa. Pada teman, terima kasih atas segala-galanya kerana sudi menjadi temanku selama ini dan melayan karenah-karenah ku yang tidak menentu. Maaf juga atas keputusan yang diambil ini tetapi rasanya inilah jalan yang terbaik yang ada untuk kita.

Tiada ulasan: