Khamis, 31 Mei 2007

Ikhlas

Keikhlasan dalam apa jua yang dilakukan akan mendapat balasan yang setimpal jua, cuma lambat atau cepat saja. Dalam setiap kerja atau apa sahaja yang dilakukan jika ia dilakukan dengan ikhlas dan jujur, pasti ada balasan yang baik akhirnya. Walaupun, kita rasa kadang-kadang apa yang dilakukan seolah-olah tidak dipandang dan dihargai oleh orang tetapi jangan mengalah atau berputus asa. Pasti satu hari dan satu ketika ia akan menerima balasan yang baik.

Cuma lambat atau cepat sahaja, kalau cepat alhamdulillah tetapi kalau lambat bersabar lah. Allah itu Maha adil dan berkuasa menentukan segalanya. Selain, berpesan untuk kawan-kawan, saya juga berpesan untuk diri sendiri. Jangan mudah berputus asa dengan apa yang anda sedang usahakan. Anda mesti terus berusaha sehingga apa yang dikehendakki itu tercapai. Insyallah, usaha itu tidak sia-sia.
Teman, perangai lama dah kembali ker? perangai mendiamkan diri.....

Tiada ulasan: