Rabu, 30 Mei 2007

my handphone..


(Z558i- my idaman)



Telefon mudah alih atau telefon bimbit, sejauhmana anda rasa ia penting bagi anda? Penting kan? bagi saya ia penting kerana sekarang ini ia menjadi satu alat komunikasi yang terpenting dan boleh dikatakan semua orang pasti memilikinya tak kiralah tua muda atau anak-anak yang masih kecil.




Bagi saya 'handphone' ini adalah tempat segala-galanya, untuk simpan semua nombor telefon, diari, tarikh lahir orang-orang tersayang termasuk mak, abah, adik-adik dan kawan-kawan, belum masuk lagi benda-benda 'privacy' yang lain. Pendek kata segalanya dalam itu lah. macam pembantu peribadi laa...




Cuma sekarang nie, macam ada hati hendak tukar telefon baru lak, sayang jugak sebenarnya tapi MMS dan GPRS tidak boleh pakai laa.....tah lah dah p 'maxis center' but takleh gak yang herannya sebelum nie boleh jer guna...tensen tul.....tengoklah kalau dah 'give up' nanti nak tuko lah ...hehhehe....Agaknya bagaimana laa hidup tanpa telefon bimbit kan? sure mati kutu nya......:) maklumlah dah terbiasa .....

Tiada ulasan: