Khamis, 24 Mei 2007

cinta pura-pura


Kenapa orang suka berpura-pura, pura-pura kaya, pura-pura bersopan santun, pura-pura ada kawan ramai, pura-pura ada kekasih hati, pura-pura ceria, pura-pura gembira, semuanya pura-pura. kenapa tidak boleh menjadi diri sendiri? Adakah apa yang hendak ditonjolkan didepan orang semuanya baik-baik sahaja. Walaupun pada hakikatnya semua itu tidak benar , palsu dan penuh kepura-puraan. Ada macam-macam sebab mengapa mereka berpura-pura:-


* berpura-pura lemah gemalai untuk memikat insan yang disukai, supaya hatinya tertawan

* berpura-pura kaya untuk menunjuk-nunjuk

* berpura-pura pandai supaya kelihatan hebat

* berpura-pura gembira sedangkan hati gundah gulana


Yang paling menjelikkan tentunya berpura-pura ayu, untuk memikat hati si dia yang disukai, padahal dibelakang si dia, hilang kesopanan tersebut. Yang lebih malang lagi, si dia tertipu dengan apa yang dipamerkan dan tertawan. Malang sekali si dia, yang lebih malang si dia tidak lagi mendengar kata-kata teman-teman sekeliling mengenai perangai buah hatinya itu. Semua yang dipamerkan dirasakan benar belaka.


Teman, masih tidak berubah nampaknya masih mengasingkan diri dan tenggelam dengan masalah sendiri. Tidak mengapa ambil masa untuk menyelesaikan segala. Jangan biarkan masalah tersebut memakan diri sendiri. Ingat anda masih ada teman-teman yang mengambil berat tentang anda. Cuba luahkan apa yang terpendam, tiada guna menyimpan sendiri hanya kerana tidak sanggup berkongsi apa yang dirasa dan akhirnya memakan diri sendiri . Siapa yang rugi? but i like your new hair style :)

Tiada ulasan: