Sabtu, 26 Mei 2007

Ops sori !

Maaf, ucapan yang sering diucapkan apabila melakukan kesilapan, kesalahan, atau ada yang tidak kena, tetapi adakah kemaafan itu diminta dengan seikhlas hati atau hanya sekadar ucapan sahaja untuk mengambil hati orang yang kita lakukan kesalahan padanya ? Orang yang memberi kemaafan pula adakah dia ikhlas memaafkan kesalahan atau kesilapan orang tersebut? atau hanya untuk menjaga hati, bermanis kata sedangkan hatinya masih sakit dengan apa yang telah dilakukan kepadanya. Salahkah orang yang perlu memaafkan itu tidak memberi kemaafan yang diminta? Kadang-kadang perbuatan yang dilakukan tidak dapat diterima akal dan fikiran sangat menyesakkan dada menusuk hati dan perasaan. Hanya maaf sahaja yang selalu di pinta. Tetapi jika ia seringkali mengulangi perkara yang sama dan berulangkali juga memohon maaf, adakah kita masih tetap memaafkannya? Menjelikkan!
Teman, ku maafkan mu walaupun belum ku lafazkan kemaafan itu. Aku hanya berkecil hati denganmu sahaja, kekadang kita perlu berkecil hati pada sesetengah perkara walaupun remeh pada pandangan mu. Kekadang kita tidak sedar apa yang kita lakukan boleh menyebabkan orang lain berkecil hati dengan sikap mu itu.
Esok, M-Test KPLI , doakan aku berjaya , dengan penuh semangat untuk manjadi pendidik kepada anak bangsa yang kian hilang jati dirinya ini. Ia akan menjadi cabaran dan dugaan buatku jika ku dapat gapai cita-cita ku ini.

Tiada ulasan: